Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Bangi
Viewing all 743 articles
Browse latest View live

Promosi Shaklee Mac 2019

$
0
0
Promosi Shaklee Mac 2019
Promosi Shaklee Mac 2019
Beruntung sangat bulan ini sebab Shaklee adakan promosi Sempena Hari Wanita pada 8 Mac nanti.
Shaklee lancarkan promosi Youth Treatment Set bersama 3 produk yang menjadi pilihan wanita.

Youth Beauty Treatment Set 

🎈1. Set A
Youth Restoring Eye Treatment + Youth Activating Serum
Harga RM 656.25. Anda dapat E-Voucher RM50 (Redeem untuk next belian dengan min RM100).

🎈2. Set B
Youth Restoring Eye Treatment + Radiance C+E
Harga RM 656.25. Anda dapat E-Voucher RM50 (Redeem untuk next belian dengan min RM100).

Apabila anda dapat E-Voucher ini, anda boleh guna untuk next belian produk Shaklee dengan minima belian RM100 dalam satu resit. Best kan? sebab masa ini, anda boleh jimat 50% dari nilai belian RM100 tadi.

TAPI, E-Voucher ini hanya boleh diguna kepada ahli Shaklee sahaja. Jadi, Amir galakkan sangat kalau anda register sahaja sebagai ahli Shaklee dengan bayaran RM65 sahaja.


Berminat untuk tahu info lanjut tentang keistimewaan YOUTH. 
Amir kongsikan dalam entri Youth Shaklee.




Next adalah Promosi Produk Supplement Shaklee.
Ada 3 jenis promosi untuk bulan ini iaitu Vita-Lea, GLA Complex dan Ostematrix.


1. Beli 4 Botol Vita-Lea (Multivitamin)
Harga set ini ialah RM 375
Anda dapat E-Voucher RM30 (Redeem untuk belian seterusnya dengan min RM100).

Nak tahu lebih lanjut mengenai Multi-Vitamin yang berusia lebih 100 tahun?


2. Beli 4 Botol GLA Complex
Harga set ini ialah RM 365
Anda dapat E-Voucher RM30 (Redeem untuk belian seterusnya dengan min RM100).


3. Beli 5 Botol Ostematrix
Harga set ini ialah RM 306.25
Anda dapat E-Voucher RM30 (Redeem untuk belian seterusnya dengan min RM100).


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nad di 012-2295680





10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah

$
0
0
10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah
10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah

Banyak perkara yang Nad baru belajar apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci bulan lalu.

10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah

1. Setiap kali selepas solat fardhu, biasanya memang akan ada solat jenazah (setiap masa ada orang meninggal di sana). Ambil peluang ini untuk raih pahala sebesar Bukit Uhud.

2. Solat Subuh di sana tiada Doa Qunut.

3. Air Zamzam FREE flow. Ada pilihan air yang sejuk atau suhu bilik.

4. Di Mekah, ada Air Zamzam yang mobile. Ada orang galas tongnya dan tuangkan air untuk kita. Mereka berjalan-jalan di sekitar Kaabah.

5. Kawasan masjid sentiasa dibersihkan. Pekerjanya sangat ramai. Ketika tawaf dalam keadaan orang bersesak-sesak, mereka ada cara tersendiri untuk membersihkan lantai dengan efektif. Kagum melihat mereka.

6. Pintu masuk wanita dan lelaki berbeza di Masjid Nabawi. Sebaliknya pula di Masjidilharam. Semua pintu lelaki dan wanita boleh masuk.

7. Anak-anak dibenarkan masuk ke masjid dengan riang tanpa dimarahi oleh sesiapa. Bila lagi nak perkenalkan masjid pada pelapis kita kan?

8. Di Masjidilharam ada kemudahan escalator. Lif juga disediakan untuk pengguna kerusi roda kerana ia bertingkat-tingkat.

9. Perlu membuka beg dan tunjukkan kepada pengawal untuk diperiksa di pintu masuk masjid. Kalau tidak, nanti dia panggil “Hajjah! Hajjah!” 😂

10. Di Safwah Tower, terdapat Level M (Mosque) untuk ruangan solat yang dikira sebagai perkarangan Masjidilharam. Boleh solat berjemaah di situ jika kurang sihat / tak larat / tak sempat ke Masjidilharam (jika kita tinggal di hotel di situ).


Testimoni Vita-Lea : Selera Anak Bertambah

$
0
0
Testimoni Vita-Lea : Selera Anak Bertambah
Testimoni Vita-Lea : Selera Anak Bertambah

Pagi ini, Amir nak kongsikan 1 kisah testimoni Vita-Lea dari customer kami.

Si ibu ini mempunyai seorang anak berusia 17 tahun. Ada masalah berat badan. 
Apabila anak ini mencuba Vita-lea selama beberapa hari, 
beliau sudah ada selera makan dan berat badan dah naik sedikit.

Alhamdulillah.

Dibawah ini juga Amir kongsikan testimoni bagaimana Vita-Lea bersama supplement lain membantu menambahkan berat badan.



Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk Vita-Lea, 
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad yer.




An Nur Ziyani

$
0
0

Dalam kereta tadi, Abang Zahin dan Ziyad gaduh kat seat belakang.

“Zahin! Ziyad! Minta maaf!”

Dua-dua bujang kaku, taknak minta maaf.

“Cepat! Buat tangan macam ni”, hulur tangan untuk salam).

Zahin dah hulur tangan nak minta maaf, Ziyad pula masih kaku.

“Ziyad! Salam! Cakap minta maaf!”

Ziyad pun minta maaf akhirnya.

“Ok, peluk!”

Macam tak percaya je bila Ummi tengok anak dara Ummi cakap semua ni. Bukan keluar dari mulut Ummi.

Ummi pandang-pandang je Abi. Sambil muka tahan nak gelak pun ada.

Dahlah dia berdiri depan Ummi kat co-driver mengadap belakang. Ummi ghase macam duk depan cermin je. Dia buat sebijik macam Ummi buat. Walaupun ada jugak yang dia improvise 😂

Muka dia konfiden, serius je suruh abang-abang dia berdamai. Nampak je kecik, tapi tegas!

Ada yang berani nak jadi menantu? 🤣


Kisah Otot Siapa Lagi Keras

$
0
0
Sepanjang Ummi Abi pergi Umrah, #TripleZ tinggal di rumah Mak Ayah #EncikGajah.

Ada satu malam tu, Busu Ty (makcik kesayangan depa) report kisah #seram sebelum tidur.

Bilik dah #gelap dah masa tu. Tengah cakap pasal #objekkeras.

Ziyani: Ontot Ziyani keras tau
Ziyad: Eh yeke. Bontot tak keras laa
Ziyani: Ontot Ani lain. Ontot Ani keras
Ziyad: Ok, meh Ziyad nak try

Ziyad pun lagakan kepala dia dgn bontot Ziyani.

Ziyad: Eh tak keras pun
Ziyani: Ani akai pampers sebab tu tak keras
Ziyad: Eh Ani Ani sini sini. (Dengan nada berbisik) Sebenarnya kepala lagi keras tau!

Tiba-tiba, dummmm! Kepala Ziyad terlanggar kepala Ziyani.

Dua dua nangis.

Busu Ty: Haa sekarang, bontot dengan kepala mana lagi keras?

Dua dua diam.

Ziyad & Ziyani: Kepalaaaaaaaaaaaaaa 😭😭😭 (sambung nangis)

🤣🤣🤣

Agak-agak siapa yang makan #OmegaGuard setiap hari dalam drama seram di atas? 😏

Cara Tradisional Nak Hilangkan "Mata Panda"

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca blog kami.

Pagi ini, Amir nak kongsikan beberapa cara tradisional nak hilangkan "mata panda". 
Apa tu "mata panda"? Ini hanya gelaran kepada orang yang mempunyai mata sembap atau lingkaran hitam di sekeliling mata.

Contoh Lingkaran Hitam di Sekeliling Mata

6 Cara Tradisional Nak Hilangkan "Mata Panda"

1. Kentang Mentah
Langkah pertama ialah sejukkan terlebih dahulu kentang mentah dan potong separuh. Letak kepingan kentang yang sejuk tadi di atas mata selama 15-20 minit.


2. Timun
Cara ini biasa orang buat. Potong timun yang sejuk kepada 2 keping. Kemudian letak pada mata selama 25 minit.


3. Beg Teh
Basahkan 2 beg teh di dalam air sejuk dan biarkan seketika. Kemudian, letakkannya di atas mata selama 25-30 minit.


4. Sudu Keluli
Sejukkan sudu keluli tahan karat di dalam air berais dan letakkan sudu di atas setiap mata. 
Tukar sudu sambil biarkan satu lagi sudu sejuk dalam air ais. Teruskan gilir-gilirkan sudu sehingga anda melihat mata menjadi bertambah baik.


5. Putih Telur
Pukul beberapa putih telur dan letakkan di sekitar mata anda dan biarkan selama 20 minit.


6. Avokado
Letakkan kepingan avokado masak di bawah setiap mata dan biarkan selama 5-10 minit.


Ada yang terasa macam susah jer nak buat cara tradisional diatas?
Amir kongsikan produk terbaru yang terbukti berkesan selama 7 hari digunakan.

Youth Restoring Eye Treatment ini telah diuji secara klinikal dan para pengguna yang telah mencubanya berpuas hati dengan hasilnya.

Testimoni Restoring Eye Treatment



Info lanjut mengenai Youth Restoring Eye Treatment
Maklumat ringkas mengenai Youth Restoring Eye Treatment

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Nad di no 012-2295680



Koleksi Testimoni OsteMatrix

$
0
0
Koleksi Testimoni OsteMatrix
Koleksi Testimoni OsteMatrix 
Testimoni OsteMatrix : Ganti Susu
Saya pun tak boleh minum susu, itu yang tiap-tiap hari amik Oste. Pernah tak makan Oste 3-4 hari, terus rasa sakit lutut bila turun naik tangga, start rasa sakit pinggang.
Dah kena macam itu, terus tak tinggal Oste lg dah. Vitamin wajib telan hari-hari.
Testimoni OsteMatrix : Kurang Senggugut.
Memang amek Oste, cuma lately ni tak amek dah. Last amek bulan 3 ari tu, nanti nak telan jugak. Sebab tengah try yang lain, tak tau yang mana 1 kurangkan period pain. Oste ke alfafa..hihihii...
Dulu senggugut memang agak mencabar sikit..siap MC hari ke-2..sekarang dah kurang dah.. Shaklee memang sangat membantu dengan izin Allah jugak.
Testimoni OsteMatrix: Badan rasa fresh
Fatin start consume ostematrix masa pregnant dulu. Memang sampai sekarang tak skip. Cuma masa OOS hari tu consistant ESP & alfalfa hari-hari nak cukupkan kalsium.
Best sangat2 ostematrix. Memang lain macam bangun pagi kalau amik oste. Badan fresh jee. Pagi-pagi mesti g toilet dulu.
Testimoni OsteMatrix: Sakit lutut, kaki dan pinggang dah kurang
Alhamdulillah, sakit lutut kaki dan pinggang dah kurang selepas ambil botol ke dua OsteMatrix. Kalau dulu, pagi-pagi memang sakit sangat time nak pijak lantai.
Testimoni OsteMatrix : Tak Sembelit
Hari itukan aku beli 2 botol oste, mak mengadu sakit lutut dan sembelit. Aku bagi kat dia 1 botol, lepas 3 hari. Dia cakap sembelit dia dah hilang. kalau dulu nak membuang, ade je sambungan, kadang-kadang 3 kali masuk toilet baru ok.
Sekarang bangun pagi je terus ke toilet. Alhamdulillah sembelit dah hilang, ini dia dok syorkn kat biras dia yang ade masalah sembelit untuk cuba.
Testimoni OsteMatrix : Senang bangun pagi. Rasa segar.
Alhamdulillah baik, Kesan dia pada saya agak bagus, sebelum ini bangun pagi mesti rasa mengantuk lagi. Lepas guna OsteMatrix, tak malas nak bangun pagi. Rasa segar








Insentif Trip Shaklee 2020 ke Switzerland dan Korea.

$
0
0




Haiiii bertuah sungguh nak bergambo dengan 3 ketui soleh solehah ni 😂 Macam-macam pesen ada.

Ok just nak cakap next cycle, Shaklee akan belanja FREE Trip pergi Switzerland 🇨🇭

Trip Shaklee best, dapat bawa pasangan, anak-anak, mak ayah, mentua juga 💕

Moh ler kita berusaha terussss!

Berminat nak tahu Shaklee bawa ke mana tahun depan dengan lebih detail?

Jum lihat 2 teaser ini

Trip ke Korea Selatan


Trip ke Swiss





Persediaan Umrah Kali Pertama Untuk Wanita

$
0
0
Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah bulan lepas Nad baru saja menunaikan Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Jadi sekarang, Nad nak share dengan anda apa persediaan yang perlu kita buat sebelum kita menjejakkan kaki ke tanah suci.

A) PERSEDIAAN ILMU

Bagi Nad, persediaan ini paling penting. Sebab once kita berilmu, inshaAllah minda kita bersedia dah nak beribadah di sana. Bagaimana caranya?

1. Baca Buku

Macam Nad, Nad mulakan dengan baca buku tentang Umrah / Haji. Biasanya orang yang dah pernah pergi Umrah / Haji, ada buku panduan. Cubalah tanya parents kita atau Mentua. Macam Nad, Nad pinjam je dari Mak Mentua Nad. Jadi, dari situ dah mula dapat gambaran dah apa tu ibadah umrah.

Buku dipinjam dari Mak Mertua berkaitan Umrah dan Haji
2. Tengok Video

Untuk tambah lagi kefahaman, Nad tengok video di Youtube, ustaz terangkan tentang ibadah umrah. Nad suka tengok video Ustaz Shamsuri terangkan ni. Mudah faham, dan tak rasa complicated.



3. Kursus Umrah

Biasanya, agensi yang bawa kita akan buat Kursus Umrah. Kosongkan waktu kita dan silalah hadir. Masa tu kalau kita tak faham, boleh terus tanya je.

Umrah Shaklee
Selepas selesai Kursus Umrah & Taklimat untuk Trip Percuma Shaklee

B) PERSEDIAAN KESIHATAN

Sebelum berangkat menunaikan umrah juga, pastikan kita ambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis. Penting sebab di sana ada bermacam jenis orang dari seluruh dunia yang kita tak pasti status kesihatan mereka. Vaksin ini untuk mencegah jangkitan pada otak.

Kad ini perlu dihantar kepada agensi umrah. Paling lambat, kena cucuk 2 minggu sebelum berangkat. Tapi agensi umrah kami nak awal kad ni, jadi kami cucuk sebulan sebelum berangkat.

Kad suntikan vaksin umrah


C) PERSEDIAAN PASSPORT

Nak pergi ke luar negara, jangan lupa pula check tarikh luput passport ya. Pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia.

Pastikan passport mempunyai sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia


D) PERSEDIAAN BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI

Basically, kita pergi umrah, banyak masa di masjid. Jadi bersedialah dengan pakaian untuk ke masjid.

1. Telekung sembahyang x 3
Bawa yang paling selesa kita pakai. Warna apa tak kisah. Bawa 1 je kain, untuk kalau solat di bilik. Biasa kita ke masjid tak bawa kain. Just pakai stokin. Bawa juga 1 helai telekung warna hitam, untuk mudah masuk Raudhah (kena pakai serba hitam), boleh menyelit bersama orang Arab. Tak perlu tunggu turn orang Asia yang biasanya paling last.

Telekung Hitam
2. Stokin tawaf x 2
Beli yang murah pun ok, dalam belas-belas je harganya. Tapi sangat membantu. Bila kita tawaf diikuti dengan saie, sangat banyak jalan. Nad pernah tak pakai stokin tawaf ni, pakai stokin biasa. Boleh je, tapi dah terasa di tumit tu. Mujur balik, makan Ostematrix tu dah ok dah. Tak lah melarat.

Stokin Tawaf
3. Jubah x 4 / Blouse labuh
Kalau tak cukup, boleh beli kat sana. Hehe.

4. Seluar
Pakai dalam jubah / dengan baju labuh / dan buat tidur. Sana tak berpeluh sangat. Hehe.

5. Tudung & anak tudung - untuk ziarah kalau taknak pakai kain sembahyang. Nad pakai khimar, beli kat Hijab Galeria. Boleh bawa solat terus. Banyak juga tudung ready-solat.

6. Stokin panjang tebal - untuk pakai solat. Nad pakai brand Larrie, 2 pasang RM 11 macam tu. Tak kulit kaki bila solat.

Stokin tebal Larrie. Tak nampak kulit.

7. Hand socks

Cover aurat lengan.

Handsocks. Sewaktu umrah, Nad selalu pakai yang hitam tu.

8. Sejadah
Kena selalu bawa ke masjid sebab maybe kena solat kat atas marmar. Cari yang tak berapa besar dan tak berapa tebal, yang mudah lipat masuk beg.

9. Purdah
Pakai masa nak masuk Raudha juga. Blend in dengan orang Arab. Kalau musim panas, membantu masa berdebu.

10. Long john x 3 - kalau pergi waktu musim sejuk. Bulan lepas Nad pergi masih sejuk especially pagi, kena pakai long john.

11. Pakaian dalam
Of course

12. Pakaian di bilik
T-shirt / kain batik

13. Kasut / selipar extra
Backup kalau apa-apa jadi pada kasut sedia ada.

14. Al-Quran

15. Botol spray wuduk
Boleh berwuduk di dalam flight atau sewaktu menunggu nak masuk Raudhah. Lama menunggu turn. Ada kemungkinan terbatal wuduk masa ni, dan jauh dari toilet. Nak pakai masa gi toilet dalam flight pun boleh. Haha.

Spray Wuduq


16. Power bank & phone cable

17. Towel kecil - kalau ambil wuduk guna botol spray wuduk, buat lapik supaya air tak menitik ke lantai. Multipurpose juga.

18. Tumbler
Untuk isi air Zam-zam kalau pergi masjid. Boleh minum ketika dalam masjid, dan isi untuk bawa balik. Jangan bawa yang besar sangat tau. Pengawal tak beri kebenaran.

19. Sunglass
Silau di sana. Pakai bila perlu.

20. Hanger
Untuk jemur baju. Dobi mahal. Basuh je sendiri. Barulah terkenang zaman duduk hostel. Hehe.

21. Universal adapter - optional, sebab macam hotel Nad duduk haritu dia punya plug point sama macam Malaysia. Nad tak pasti hotel lain. Mungkin sama. Tapi tak rugi bawa 😊

22. Phone charger
Iya jangan lupa.

23. Ubat-ubatan
Jika on medication, atau jika kurang sihat di sana.

24. Supplements
Paling wajib Nad akan makan Ostematrix (Kalsium) untuk lenguh-lenguh, sakit pinggang, sakit kaki. Sangat penting waktu travel. Selain tu Vitamin C to make sure badan kita kuat imun. Sana cuaca sejuk / panas, ramai orang. Ramai mudah jatuh sakit. Alhamdulillah Nad sihat sepanjang di sana dan selepas balik ke Malaysia. Kena sihat sebab Nak full blast ibadah sana kan. Bukan selalu dapat peluang.

25. Barang penjagaan diri
Skincare, toileteries, jangan dilupa. Sana kering. Nad bawa Herbal Blend untuk sapu di kulit badan. Dan untuk area muka, Nad sapu Moisturizer SPF 50 / Night Cream Youth Skincare untuk elak / kurangkan kering.

Rasanya itulah semuanya. Kalau kawan-kawan ada nak tambah, silakan di bahagian komen ya. 
Moga sama-sama dapat pahala.



Short Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

$
0
0
Poster Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal mengingatkan Nad kepada filem Shrek, di mana ada banyak watak Disney dalam tu.

Bergambar sebelum tengok wayang

Cuma yang uniknya, filem terbaru Upin Ipin ni ada bermacam watak dari kisah dongeng zaman dahulu yang banyak pengajaran. A good way to introduce watak-watak dan cerita-cerita tu pada kanak-kanak zaman milenia ni.

Raja Bersiong, Si Tanggang dan ibunya Deruma, Mat Jenin, Bawang Putih dan Merah, antara watak yang ada dalam filem tu.

Kisah Todak, wayang kulit, dan pisang salai juga ada. Erm, Ummi Abi pun tak pasti dah pernah rasa ke pisang salai tu 🙊

Selebihnya kena tengok sendiri. Hehe.

An Nur Ziyani

Triple Z

Idea asal dari Founder Les Copaque sendiri iaitu Hajah Ainon Arif. Jalan cerita menarik. Dari awal hingga akhir seolah tak terasa, penuh aksi dan tak bosan. Tambah best lagi bila ada plot twist.

#EncikGajah yang memang particular bab gambar dan video ni, cakap animasi ni memang hebat setanding antarabangsa. Memang cantik!

Dari segi lagu pun best dengar. Nad memang minat bab-bab lagu ni. Siap ada gambus lagi. Best best best 😍

Adegan yang buat menitis air mata pun ada. Kisah-kisah kemaafan yang menjadi magis ❤️

Ok dah. Tu saja review dari seorang Mak anak 3 😂 Hangpa boleh pi beli tiket laju-laju. Hehe.

Makan selepas tengok wayang




7 Makanan Punca Jerawat

$
0
0
Assalamualaikum semua, hari ini Amir nak kongsikan 7 Makanan Punca Jerawat yang mudah nak timbul. Ada beberapa faktor kenapa jerawat ini terjadi diantaranya ialah muka berminyak,  gangguan hormon apabila "period", kurang penjagaan muka dan juga cara pemakanan kita sendiri.

7 Makanan Punca Jerawat


PRODUK TENUSU
Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


MAKANAN BERGORENG
Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.


MINUMAN BERALKOHOL
Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


KUNING TELUR
Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


MAKANAN SEGERA
Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.


UDANG DAN MAKANAN LAUT
Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.

Okes, sekarang kita dah tahu kan 7 makanan punca jerawat. Jadi, kita hanya perlu kurangkan pengambilannya sahaja agar ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Promosi Shaklee April 2019

$
0
0
Promosi Shaklee April 2019
Promosi Shaklee April 2019

Assalamualaikum. Hari ini Amir nak kongsikan Promosi Shaklee April 2019. Promosi kali ini best. Rugi kalau tak grab. Ada 4 Promosi yang ditawarkan oleh Shaklee.

1. YOUTH Intensive Treatment and Repair Set

Promosi Shaklee April 2019
Youth Intensive Treatment and Repair Set (Full Set)
Promo ini untuk anda yang anda yang sudah menjadi ahli, sudah expired keahliah Shaklee, mahupun belum pernah menjadi ahli Shaklee.

Dengan pembelian Full Set YOUTH ini, anda akan dapat Free YOUTH Travel Set & Travel Case yang sangat comel. Sepanjang 1 tahun YOUTH berada di pasaran, gift ini yang paling unik setakat ini!

Keistimewaan YOUTH Travel Set & Travel Case:
  1. Ringan, tak perlu bawa the whole set
  2. Cantik dan unik
  3. Mudah dibawa ke mana-mana
  4. Skincare tidak tumpah dan tak penyek sebab Travel Case ni keras :)
  5. Boleh dibawa dalam penerbangan kerana 100ml sahaja setiap botol
  6. Didatangkan bersama beg lutsinar juga
  7. Tidak dijual di mana-mana! Nilai set ini ialah RM 285 tau

So, kena cepat-cepat grab peluang ini sebab Shaklee kata 'selagi stok masih ada' ;)

Good news untuk yang belum lagi jadi ahli Shaklee atau yang keahliannya sudah expired, apabila anda membeli set ini, automatik anda akan dapat FREE Membership Shaklee, bermakna anda cuma perlu bayar set ini pada harga ahli iaitu RM 1,340. Sebagai ahli, ada kelebihan lain lagi iaitu dapat cashback RM 100!

Baca: 10 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee Untuk Mereka Yang Berusia 40an 50an 60an 70an 80an


Promosi Shaklee April 2019
Youth Travel Set dan Travel Case

Seterusnya, Shaklee menawarkan Promosi Welcome Set untuk anda yang belum menjadi ahli Shaklee mahupun yang sudah expired keahlian.

Untuk Welcome Set ini, Shaklee menawarkan 3 set iaitu:
  1. Youth Welcome Set
  2. Vivix Welcome Set
  3. Daily Essential Welcome Set

2. Promosi Youth Welcome Set

Promosi Shaklee April 2019
Promosi Youth Starter Welcome Set
Kalau anda yang nak baru nak cuba YOUTH Skincare, ini adalah masa yang sesuai! 

Biasanya harga set ini ialah RM 680 untuk ahli / RM 850 untuk bukan ahli Shaklee, tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 612 all in!

Ada 4 items di dalam set ini:
  1. YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
  2. YOUTH Perfecting Skin Toner
  3. Age Defense Moisturizer SPF 50
  4. Advanced Renewal Night Cream (Light)

Kelebihan yang anda dapat dengan YOUTH Welcome Set ini ialah:
 
  1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  3. Cashback RM 29
  4. FREE Membership (jimat RM 65)
  5. FREE Postage (jimat RM 10)
  6. FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 340! 😱😍

3. Promosi Vivix Welcome Set

Promosi Shaklee April 2019
Promosi Vivix Welcome Set
Ada yang sedih sebab terlepas Promosi Vivix pada bulan Feb hari tu. Jangan kecewa sebab Shaklee tawarkan Promosi Vivix Welcome Set untuk bulan ini. Yeay! Bulan ni ada Promo VIVIX yang best!

Dalam promosi ini ada 2 botol Vivix. Biasanya set ini berharga RM 760 untuk ahli / RM 950 untuk bukan ahli Shaklee. Tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 684 all in!

Kelebihan yang anda dapat dengan Vivix Welcome Set ini ialah:
 
  1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 190)
  2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 76)
  3. Cashback RM 34
  4. FREE Membership (jimat RM 65)
  5. FREE Postage (jimat RM 10)
  6. FREE Vivix Paper Bag yang ekslusif
Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 370! 😱😍

Jimat sangat kan!

Dengan pengambilan Vivix secara konsisten, inshaAllah ia dapat membantu badan kekal cergas dan bertenaga, malah wajah juga akan nampak lebih muda.

Vivix ini sesuai sangat untuk diri sendiri, pasangan, ibu bapa, atuk nenek kerana ia sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh! ❤️

Baca: Testimoni Vivix


4. Promosi Daily Essential Welcome Set

Promosi Shaklee April 2019
Promosi Daily Essential Welcome Set
Siapa yang baru nak mencuba supplement Shaklee, atau nak mula buat business Shaklee dengan kami, Amir syorkan anda grab promosi ini. Dalam set ni, anda dapat 6 Produk Best Seller dengan harga yang berbaloi!

Anda boleh mencubanya sendiri terlebih dahulu dan bila sudah rasa keberkesanannya. 
Boleh la start share dengan ahli keluarga dan kawan-kawan pula.

6 produk dalam Promosi Daily Essential Welcome Set ini :-
✅ ESP
✅ Vitamin C
✅ Omega
✅ VitaLea Multivitamin
✅ B Complex Folic Acid
✅ VIVIX


Kelebihan yang anda dapat dengan Daily Essential Welcome Set ini ialah:
  1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 202)
  2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 82)
  3. Cashback RM 36
  4. FREE Membership (jimat RM 65)
  5. FREE Postage (jimat RM 10)
  6. FREE Vivix Paper Bag yang ekslusif

Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 390! 😱😍 



Klik gambar di bawah untuk terus ber-Whatsapp dengan Nad :)

Promosi Shaklee April 2019



Apakah Perbezaan Protein Soya Shaklee dengan Protein Soya Brand Lain?

$
0
0
Apakah Perbezaan Protein Soya Shaklee dengan Protein Soya Brand Lain?
Apakah Perbezaan Protein Soya Shaklee dengan Protein Soya Brand Lain?

Kat luar sana ada bermacam-macam brand yang menawarkan produk soya. Adakah anda tahu apakah kelebihan Protein Soya Shaklee?

Shaklee Difference:
  1. Merupakan Syarikat Pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.
  2. Dicipta oleh Dr. Shaklee pada tahun 1961.
  3. Kini banyak ujian klinikal membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah mengetahui protein soya adalah protein terbaik berasaskan tumbuhan.


ESP Diiktiraf oleh Seluruh Dunia kerana:
  1. Mempunyai Kajian Klinikal yang Sangat Ektensif dan Komprehensif
  2. Kualiti Protein yang Tinggi pernah dihasilkan
  3. Kacang soya yang digunakan mengandungi NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu yang rendah.
  4. Setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan dari 30kg kacang soya.
  5. Memberi sumber tenaga dan boleh bertahan lebih lama.

Kelebihan Produk ESP Shaklee ialah:
      1. Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia
      2. Diperkaya dengan 5 Vitamin dan 4 Minerals
      3. Sangat sesuai untuk Semua Peringkat Umur
      4. Indeks Glismek Rendah iaitu 39 - Sangat Sesuai untuk penghidap Kencing Manis.
      5. Rendah Lemak
      6. Tiada Kolestrol
      7. Tiada asid urik
      8. Sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

        P/S:
        Tahniah kerana memilih Shaklee ESP :) Nad dah amalkan ESP sejak Oktober 2010 sampai sekarang. Really loving it. Perut rasa penuh je. Susu pun mencurah-curah utk Zahin. Until now still manage to fully breastfeed him. InsyaAllah sampai 2 tahun. Badan tak cepat penat walaupun tugas menjadi ibu, isteri, dan menguruskan perniagaan sendiri sangat memerlukan tenaga yang banyak. Kulit lebih halus juga :) Alhamdulillah atas kehendak Allah jua. Kita berusaha untuk lebih sihat. Dengan niat untuk melaksanakan tanggungjawab kepada-Nya dan kepada manusia di sekeliling kita. InsyaAllah.



        Untuk Info & Order:


        Email: n_nadiah@yahoo.com
        SMS/Whatsapp: 012 229 5680

        4 Kandungan Bahan Utama Vivix Shaklee

        $
        0
        0
        Vivix Shaklee merupakan produk makanan tambahan Shaklee yang sangat premium dan eksklusif. Dengan izin Tuhan, ia telah membantu ramai insan yang sangat memerlukan dengan memperbaiki taraf kesihatan mereka. Banyak testimoni yang telah dikongsikan oleh pengamalnya. Kajian saintifik mengenainya juga dibuat oleh 3rd party selain dari pihak Shaklee sendiri.


        4 Kandungan Bahan Utama Vivix Shaklee




        1. Muscadine Grape


        Anggur Muscadine / Anggur Muskat, adalah anggur liar yang sangat istimewa kerana kandungan dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksida dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur jenis lain, Anggur Muskat mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, dan membantu melambatkan proses penuaan. Anggur Muskat ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.

        2. Purple Carrot


        Purple Carrot merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytochemical. Purple carrot ni juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab. Anthocyanins ni bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain. Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ni bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.

        3. Elderberry


        Nama saintifik bagi Elderberry ini ialah Sumbucus Nigra. Buah ni banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Inggeris. Elderberry ni sudah lama digunakan dikalangan pengamal perubatan tradisional. Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalamnya membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkita (infection) daripada virus dan bakteria. Selain itu juga, manfaat daripada jus elderberry ni ialah kemampuan untuk mencegah dan mengubati kanser, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung, membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes dan meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal.

        4. Japanese Knotweed


        Japanese Knotweed dikenali dengan nama saintifiknya Polygonum Cuspidatum, adalah tumbuhan berasal dari asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun ni adalah sumber komersial Resveratrol. Ia sering digunakan kerana manfaatnya untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan.



        Keempat-empat bahan semulajadi ini sangat bermanfaat dan telah digunakan oleh banyak pengamal perubatan di negara lain dalam membantu memberikan taraf kesihatan yang lebih baik.


        Semoga info yang Nad share ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca :)




        Nak tahu harga Vivix? Klik di sini.


        MSE Legacy Sdn Bhd
        012 229 5680 (Nadiah)
        Your Certified Shaklee Product Consultant
        COD Shaklee Bandar Baru Bangi
        Pengeposan ke seluruh Malaysia

        Testimoni Meal Shakes Shaklee: Masalah Anak Sembelit Selesai

        $
        0
        0
        Testimoni MealShakes : Sembelit Sudah Sembuh
        Testimoni MealShakes : Sembelit Sudah Sembuh

        Testimoni Meal Shakes Shaklee: Masalah Anak Sembelit Selesai
        "So far, dia minum saya campurkan dalam susu. Tapi lambat sikit lah dia minum sebab lain rasa agaknya. Alhamdulillah, anak dah tak sembelit lagi. Dia lawas dah tapi cair sikit-skit kadang-kadang."


        Testimoni MealShakes : Sembelit Sudah Sembuh
        Testimoni Meal Shakes Shaklee: Masalah Anak Sembelit Selesai
        "Sembelit anak dah ok, Alhamdulillah sekarang ini pagi-pagi dia dah membuang. Najis dah tak keras macam selalu, tak sedikit macam dulu. Sekarang ini, boleh kata penuh juga la pampers dia. Terima kasih banyak-banyak."

        Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk MealShakes,
        klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




        Promosi Selamat Berpuasa

        $
        0
        0
        Promosi Selamat Berpuasa
        Promosi Selamat Berpuasa
        Assalamualaikum semua, tinggal 20 hari lagi sahaja kita nak meyambut bulan Ramadhan. Ramai juga yang dah mula puasa ganti. Dah ready ke persiapan kita sebelum nak menyambut Ramadhan ni?

        Amir nak share yang Shaklee ada buat Promosi Selamat Berpuasa bermula hari ini (15 April) sehingga 30 April nanti. Ada 3 Jenis produk yang Shaklee tawarkan iaitu Mealshakes, Cinch Latte dan Cinch Chocolate. Ketiga-tiga produk ini sangat membantu anak dan diri kita juga untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.

        Set Promosi Selamat Berpuasa

        Beli 2 Mealshakes, dapat diskaun 10%. Harga RM216 sahaja.

        Mealshakes & Performance Drink menggalakkan anak supaya mudah berpuasa.

        MealShakes bekalkan 19 Vitamin & Mineral untuk tumbesaran anak-anak

        Beli 2 Cinch Chocolate, dapat diskaun 10%. Harga RM326.25 sahaja.

        Beli 2 Cinch Latte, dapat diskaun 10%. Harga RM326.25 sahaja.

        Beli Cinch Chocolate & Cinch Latte, dapat diskaun 10%. Harga RM326.25 sahaja. 

        Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk MealShakes & Cinch Shakes,
        klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




        Testimoni Meal Shakes : Selera Anak Bertambah

        $
        0
        0
        Testimoni Meal Shakes : Selera Anak Bertambah

        Hari ini Amir nak kongsikan testimoni seorang customer yang risaukan berat anaknya yang underweight. Beliau berikan Meal Shakes selama 2 minggu lebih. Minggu pertama belum ada progress sebab anak ini mungkin perlu adjust tekaknya dengan rasa Meal Shakes. 

        Masuk sahaja minggu ke dua, beliau mula perasan yang selsema anaknya, Adam makin sembuh. Batuk pun kadang-kadang sahaja. Yang beliau paling suka ialah time makan. Selera Adam makin bertambah, dulu minum 90ml susu pun susah nak habis. Sedangkan budak seusia beliau minum 180ml dan lebih lagi. 

        Sekarang, Adam boleh habiskan 120 ml susu, bubuh semangkuk dan puding 4 ketul. Semalam, makan bubuh habis semangkuk, makan telur goreng mata 1 biji tambah dengan susu 120 ml, 2 kali sebelum tidur.

        Parent & Parent in Law beliau pun cakap Adam badan dah makin berisi sedikit berbanding dulu. Alhamdulillah, saya akan teruskan beri Meal Shakes sampai dia besar.

        Testimoni Meal Shakes : Selera Anak Bertambah
        Promosi Selamat Berpuasa : Meal Shakes
        Sebelum itu, Amir nak kongsikan berita baik buat anda yang Shaklee ada buat Promosi Selamat Berpuasa. Dalam promosi ini, ada set Meal Shakes. Sesuai sangat untuk anak-anak yang ingin berpuasa nanti.

        Untuk Info dan Order:


        Nadiah Suhaidi
        Shaklee Independent Distributor [ID: 869533]
        SMS/Whatsapp: 012 229 5680

        Kolagen Shaklee Sudah Kembali

        $
        0
        0
        Kolagen Shaklee Sudah Kembali
        Kolagen Shaklee Sudah Kembali

        Kolagen Shaklee sudah kembali
        dengan wajah baru.
        Dulu, packaging dalam bentuk kotak berbaring. Kini direka khas dengan kotak menegak untuk kelihatan kemas dan cantik!


        Kolagen Shaklee Sudah Kembali
        Kelebihan Kolagen Shaklee
        Kelebihan Kolagen Shaklee ialah
        • Mengandungi 4,000 mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.
        • Memberi lebih daripada kolagen, ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.
        • Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.
        • Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

        Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kolagen Shaklee,
        klik sahaja link disini atau gambar dibawah.




        Testimoni MealShakes : Anak Jarang Selsema, Batuk Dan Demam

        $
        0
        0

        Ada yang nak tahu lagi apa kesan positif yang dapat selepas anak ambil Meal Shakes?
        Amir kongsikan salah satu testimoni yang dapat dari customer yang telah mencuba Meal Shakes pada anak beliau.

        Salam semua, rasa belum terlambat untuk saya kongsi bersama anda semua. Hari ini saya nak kongsikan tentang Meal Shake. Alhamdulillah, setelah sebulan menggunakan Meal Shake, anak saya jarang di jangkiti selsema, batuk dan demam. Sebelum ini, boleh kata setiap bulan anak saya akan sakit, setiap kali pergi check up, mesti nurse akan kata anak saya antibodi tak kuat. Sebenarnya, mealshake adalah produk ke 4 yang saya cuba untuk anak saya. Sebelum ini macam-macam sudah guna tapi tak jalan. Tapi setelah diperkenalkan oleh Farah, saya nekad untuk mencuba dan sekarang hasilnya memang amat memuaskan hati. Meal Shakes memang terbaik. Cubalah bagi yang belum mencuba. Tak rugi anda mencuba untuk kesihatan anak anda.

        -Ikhlas dari Puan Ek-
         Produk Info : Meal Shakes
        Meal Shakes membekalkan 19 Vitamin dan Minerals yang diperlukan oleh anak kita


        Berita baik buat semua, Shaklee ada buat Promosi Selamat Berpuasa bermula 15 April sehingga 30 April 2019. Beli 2 Meal Shakes, anda dapat diskaun 10%


        Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk MealShakes,
        klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




        Info Produk : Meal Shakes

        $
        0
        0
        Info Produk : Meal Shakes
        Info Produk Meal Shakes

        Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
        • Sarapan segera yang berkhasiat
        • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
        • Hidangan segera untuk para atlet
        • Kudapan menarik pada bila-bila masa
        • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

        Info Produk : Meal Shakes
        Meal Shakes membekalkan 19 jenis Vitamin dan Minerals yang penting untuk anak kita

        Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

        Info Produk : Meal Shakes
        Keistimewaan Produk Meal Shakes


        Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk MealShakes,
        klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)
        Hubungi Nadiah Suhaidi


        Viewing all 743 articles
        Browse latest View live