Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Bangi
Viewing all 744 articles
Browse latest View live

Resepi Meal Shakes : Aiskrim Pisang Bersama Meal Shakes

$
0
0
Resepi Meal Shakes : Aiskrim Pisang Bersama Meal Shakes

Kebiasaannya, kanak-kanak sukakan aiskrim sebagai snek ringan mereka. Cuma, aiskrim yang dijual dikedai mengandungi banyak bahan perisa dan pewarna. Tidak sihat untuk kesihatan anak kita yang masih kecil.

Tengah hari ini, Amir kongsikan 1 resepi sihat iaitu Aiskrim Pisang Bersama Meal Shakes. Anak kami suka sangat aiskrim Meal Shakes ni.

Bahan-bahan

4 biji pisang. - dibuang kulit dan dipotong kasar.
1/2 sudu kecil essen vanila.
3 sudu besar Madu.
2 sudu Meal Shakes.
150g Low Fat Yogurt.

Cara-cara Penyediaan:-

  1. Bekukan pisang yang telah dibuang kulit dan dipotong kasar tadi didalam peti beku untuk semalaman.
  2. Setelah dibekukan semalaman, masukkan pisang beku tadi kedalam pengisar bersama essen vanila, madu, yogurt dan Meal Shakes.
  3. Kisar sehingga halus dan lembut seperti tekstur aiskrim.
  4. Sejukkan didalam peti semalaman sebelum dihidangkan atau dinikmati terus bersama coklat yang dicairkan bersama pisang ala - ala Baskin Robbins gitu.
Selamat mencuba yer kepada para pembaca. Rasa aiskrim ini sangat sedap dan berkhasiat. Khasiat yang Amir maksudkan ialah kandungan Meal Shakes itu sendiri dimana ia mengandungi 19 vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak kita.


Meal Shakes membekalkan 19 Vitamin dan Mineral untuk tumbesaran anak kita

Produk Info Meal Shakes
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk MealShakes,
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)



Anak Picky Eater? 3 Tips untuk Menyelesaikannya

$
0
0
Anak Picky Eater? 3 Tips untuk Menyelesaikannya
Anak Picky Eater? 3 Tips untuk Menyelesaikannya
Kanak-kanak zaman sekarang ini terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang kurang khasiat samada di sekolah ataupun di mall. Restoran makanan segera sahaja boleh kata ada beberapa buah dalam taman atau pekan kita. Ia menjadi satu masalah kepada kita sebagai ibu bapa hendak mengajar mereka untuk makan sayuran dan buahan dalam diet mereka.

Hari ini, Amir nak kongsikan 3 Tips untuk menyelesaikan masalah Anak Picky Eater.

1. Melibatkan anak dalam penyediaan makanan

Anak Picky Eater? 3 Tips untuk Menyelesaikannya

Apakata anda ajak anak sertai sekali dalam penyediaan makanan dengan memberi mereka merasai pengalaman "memasak" dan mencuba sendiri rasa makanan tersebut.

Biarkan anak memilih sendiri buah atau kacang-kacangan untuk ditambah ke dalam Meal Shakes mereka atau biarkan mereka taburkan kegemaran mereka topping seperti cip coklat, coklat atau sos strawberi di dalamnya.

2. Cuba Sesuatu yang Kreatif

Anak Picky Eater? 3 Tips untuk Menyelesaikannya

Sesetengah anak mencari citarasa baru dan tekstur. Ini mudah dengan Meal Shakes kerana ia tidak perlu disediakan dalam bentuk air sahaja. Malah ia boleh dimasukkan ke dalam resepi baru seperti puding, krim ais, muffin, kek, jeli dan juga sup berkrim.

Dengan cara ini, anak akan merasai sendiri resepi baru mereka dalam setiap hidangan.

3. Hidangkan Makanan Mengikut Watak Kartun

Anak Picky Eater? 3 Tips untuk Menyelesaikannya

Hidangkan sayur-sayuran seperti lobak atau brokoli dengan sos kegemaran mereka atau sos atau menawarkan sarapan pagi untuk makan malam.

Guna kreativiti dengan pelbagai makanan berwarna cerah. Cuba memotong makanan ke dalam pelbagai bentuk dengan pemotong kuih atau mengatur makanan menjadi kegemaran mereka watak kartun.

Produk Info : Meal Shakes

Detail bahan di dalam Meal Shakes
Resepi Aiskrim Pisang bersama Meal Shakes

19 jenis Vitamin dan Mineral dalam Meal Shakes bagi tumbesaran anak kita

Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk MealShakes,
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




7 Kebaikan Kolagen Untuk Tubuh Badan Kita

$
0
0
7 Kebaikan Kolagen Untuk Tubuh Badan Kita
7 Kebaikan Kolagen Untuk Tubuh Badan Kita
Sebelum ini, kami ada kongsikan apa itu kolagen? Belum baca lagi? Tak mengapa, Amir kongsikan linknya disini.


Dah tahu berkaitan kolagen, Amir nak kongsikan pula 7 kebaikan kolagen untuk badan kita


7 Kebaikan Kolagen Untuk Badan Kita

  1. Menganjalkan Kulit.
  • Kolagen membantu menjadikan kulit kita lebih tegang, anjal dan lembut termasuk muka dan tangan.
  • Meningkatkan Pergerakan.
    • Kolagen menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang. Orang yang aktif bersukan digalakkan mengambil kolagen agar sendi-sendi mereka tidak mudah cedera.
  • Rambut Subur
    • Kolagen menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, lebat dan makin bersinar.
  • Menegangkan
    • Kolagen membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.
  • Mencerahkan
    • Kolagen mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.
  • Melembapkan
    • Kolagen membantu melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.
  • Anti-Penuaan
    • Kolagen membantu mengecilkan lian pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis halus pada muka.
    Testimoni Shaklee Collagen Powder: Ketatkan Lutut Yang Longgar

    Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kolagen Shaklee,
    klik sahaja link disini atau gambar dibawah.


    .

    Kesan Cahaya Matahari Pada Kulit Muka

    $
    0
    0
    Kesan Cahaya Matahari Pada Kulit Muka
    Kesan Cahaya Matahari Pada Kulit Muka
    Ini bukan gambar photoshop yer kawan-kawan!

    Ini rupa seorang pemandu lori bernama William McElligott, berusia 69 tahun.

    Beliau disahkan terkena sindrom UNILATERAL DERMATOHELIOSIS apabila kulit muka beliau sebelah kiri terdedah dengan matahari (melalui tingkap lori) lebih 28 tahun.

    Apa itu Unilateral Dermatoheliosis?

    Unilateral = sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan. Dermatoheliosis = proses penuaan kulit disebabkan sinar UV (photoaging)

    Ia bermaksud perubahan kulit akibat proses penuaan oleh kesan sinar matahari yang terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

    Jadi, lindungilah kulit anda dari pancaran Sinar UV dengan memakai sunscreen protector.

    Kesan Cahaya Matahari Pada Kulit Muka
    Age Defense Moisturizer

    Age Defense Moisturizer memberi perlindungan untuk kulit daripada sinaran matahari.


    Ia direka sebagai pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.

    Dihasilkan dari SPF 50, Vital Repair+® Complex dan Muscadine Grape Extract. bagi melembapkan kulit dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh.


    Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Age Defense Moisturizer,
    klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)


    Cara Mudah Untuk Kekalkan Bentuk Badan

    $
    0
    0
    Cara Mudah Untuk Kekalkan Bentuk Badan
    Kunci kejayaan dalam pengurusan berat badan adalah jumlah kalori yang diambil dan dibakar. Untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul, kita perlu mengelakkan kehilangan otot. Oleh itu, hidupkan semula "enjin" di dalam badan kita dengan membina atau mengekalkan jisim otot untuk badan kekal sihat!

    Kami kongsikan 3 Tips Cara Mudah untuk Kekalkan Bentuk Badan Ideal.

    1. Lebih Banyak Otot = Metabolisme Akan Tinggi


    Tahukah anda? 
    Otot memberi badan kita kekuatan, bentuk dan ketegapan. Satu otot boleh membakar sehingga 50 kalori setiap hari. Oleh itu, semakin banyak otot yang kita miliki, lebih banyak kalori yang akan dibakar dalam sehari.

    2. Lebih Banyak Otot = Perlu Lebih Protein + Senaman


    Untuk membina otot, kita perlu mengambil protein yang mencukupi beserta dengan senaman. Sumber protein yang baik membantu membina tisu yang sihat dan pembentukan otot kita.
    Menambah senaman rintangan, kita akan membina jisim otot, meningkatkan metabolisme semulajadi supaya kita mencapai matlamat dengan cara yang lebih berkesan.

    3. Leusina Membantu Mengekalkan dan Membina Otot


    Pilih protein yang boleh membantu kita mengekalkan jisim otot apabila kita menguruskan berat badan. Gabungkan leusina ke dalam diet harian kerana:

    • Ia adalah asid amino penting yang membantu kita mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.
    • Ia membantu tubuh mengekal dan membina otot tanpa lemak.
    • Ia menyokong metabolisme yang sihat dengan memelihara otot.


    Akhir sekali, kami nak syorkan produk yang mampu membantu mengekalkan bentuk badan anda dengan mudah iaitu Cinch Shake Shaklee. Didatangkan dengan 3 perisa, Vanilla, Cafe Latte dan Coklat.

    Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Cinch Shake Mix
    klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




    Koleksi Testimoni Shaklee Collagen Powder

    $
    0
    0



    Tahukah anda? Kolagen Shaklee dah dijual bermula 15 April yang lepas selepas hampir 1 tahun menghilang :). Kepada yang dah biasa makan kolagen Shaklee, mereka sangat sukakannya kerana kesannya boleh dirasai seawal 14 hari apabila diambil secara konsisten setiap hari.

    Amir kongsikan 3 testimoni pengguna Kolagen Shaklee yang telah merasai kesan positif.


    Puan Nadiah Suhaidi aka Nadxoxo sendiri telah merasai kesannya dalam masa 2 minggu sahaja. Kulit muka makin cerah berbanding dulu dan makin anjal.


    Ini adalah Puan Nana Macarona, beliau terkena sunburn apabila balik dari New Zealand. Apa yang beliau buat ialah ambil kolagen Shaklee secara konsisten setiap hari selama 1 bulan. Alhamdulillah, kulit muka dah makin cantik dan bersih. 


    Puan Hasifah pula mengalami masalah jerawat dan bekas parut di muka beliau. Pada awal penggunaan kolagen, kesan yang dirasai hanya sedikit sahaja. Tetapi selepas 3 minggu menggunakannya, kulit muka beliau dah makin baik dan cantik. Malah nampak makin cerah berbanding sebelum ini.


    Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kolagen Shaklee,
    klik sahaja link disini atau gambar dibawah.



    Youth Travel Kit

    $
    0
    0
    Youth Travel Kit

    Assalamualaikum Semua. Hari ini Amir ada benda menarik nak kongsikan dengan anda.  Kami berjaya beli Full Set Shaklee pada awal bulan hari itu, dan dapat item Percuma yang paling best sejak Youth Skincare dilancarkan pada Mei 2018.

    Apakah item percuma tu?
    Tadaaa, ini lah gift terbaru dari Shaklee iaitu YOUTH Travel Set & Travel Case yang sangat comel.. Singkatan untuk gift ni ialah Youth Travel Kit. Mudah sikit nak sebutkan. Hehe

    Full Set Youth bersama Youth Travel Kit

    Size Youth Travel Kit di dalam Beg khas

    Ini lah rupa Beg Travel Kit. Besar sikit dari tangan.

    Youth Travel Kit dalam case. Tak perlu takut tumpah.

    Comel kan Youth Travel Kit ni :)

    Promo ini boleh dibeli oleh semua orang termasuk ahli Shaklee sendiri. Kepada yang belum jadi ahli, beli sahaja set ini, anda terus jadi ahli Shaklee secara Percuma. Menarik bukan?

    Apa yang best Youth Travel Kit ni?

    • Ringan, tak perlu bawa the whole set
    • Cantik dan unik
    • Mudah dibawa ke mana-mana
    • Skincare tidak tumpah dan tak penyek sebab Travel Case ni keras :)
    • Boleh dibawa dalam penerbangan kerana 100ml sahaja setiap botol
    • Didatangkan bersama beg lutsinar juga
    • Tidak dijual di mana-mana! Nilai set ini ialah RM 285 tau


    So, kena cepat-cepat grab peluang ini sebab Shaklee kata 'selagi stok masih ada' ;)

    Berminat dan ingn tahu lebih lanjut mengenai Youth?
    Klik gambar di bawah untuk terus ber-Whatsapp dengan Nad :)




    Review Smart IQ Bangi dan Pengalaman di Blindfolded Sports Day 2019

    $
    0
    0
    Review Smart IQ Bangi dan Pengalaman di Blindfolded Sports Day 2019

    “Ada pergi Kelas Parenting ke lately?”

    Tanya kawan seuniversiti kami sebab selalu share pasal parenting hehe.

    Actually, not really parenting class. Tapi kelas yang membuka mata kami tentang powerfulnya #brain kita. Bagaimana nak kasi perkembangan otak anak cantik, bagaimana taknak kasi sambungan sel-sel tu putus. Indirectly kami belajar parenting sebenarnya. Kami lebih faham anak-anak amanah Allah ini.

    PERKENALAN DENGAN SMART IQ BANGI


    Perkenalan kami dengan Smart-IQ bermula pada hujung tahun lepas, apabila kami nak improve memory dan self confidence Az Zahin. So kami masukkan Az Zahin ke program Power Brain for Chidren (5-17 tahun). Kemudian Az Zahin sambung program Little Syafie kat situ (weekend).
    Kemudian hantar Az Ziyad ke Kindies dia pula. Az Ziyad pun ada buat Power Brain sebelum masuk Kindies. Then bawak ke Fingerprint Analysis pula. Baru-baru ni, Nad jugak belajar Brain Education kat situ. Dah jadi loyal customer diorang dah 😂

    Overall, kehidupan kami dah berubah sejak kenal Smart IQ.

    PERUBAHAN SELEPAS KE SMART IQ BANGI


    1. Ummi Abi dapat tambah ilmu psikologi anak-anak dan parenting

    Masa Az Zahin punya sesi Power Brain tu, kami sebagai parents pun ada diberi ilmu juga. 2 hari selama 3 jam sehari. Surprisingly, kami belajar banyak tentang parenting jugak kat situ. MasyaAllah. Our views on our children dah berubah banyak. Dan Nad nampak banyak positifnya #EncikGajah bila dengan anak-anak. Memang sukar sebelum ni kalau kita seorang je yang faham macam mana cara terbaik nak handle anak, fahami development mereka. Why diorang buat begitu begini. Tambah pulak bila kami mula follow Dr. Taufiq Razif. Kalian follow lah juga k!

    2. We found out that Az Zahin's memory is not an issue

    Lepas buat Power Brain, kami ada buat Fingerprint Analysis untuk Az Zahin dan Az Ziyad. Rupanya dua-dua jenis kuat memori. At first Nad rasa macam tak percaya. Tapi lepastu Nad perhatikan, memang betul. Az Zahin punya memori sangat kuat sebenarnya. Dia dapat ingat sampai tahap details semua yang kami pun tak ingat. Sebenarnya kami yang tak tahu cara terbaik nak ajar Az Zahin sampai ingat sifir. Hehe.

    3. Imaginasi both Az Zahin dan Az Ziyad improve

    Kalau sebelum ni Az Zahin suka lukis 1 page buku tulis, 1 orang, now dia boleh lukis dengan sangat detail, boleh lukis di tempat yang kecil sampai penuh with details jugak, dan dia akan terangkan sekali.

    Lukisan Az Ziyad pun sama. Kemas! Sebelum masuk Smart IQ Kindies, lukisan dia tak macam lukisan. Haha. Tapi kami macam ok je sebab dia kan ada masalah development sebelum ni. Tapi masuk je Smart IQ awal tahun haritu, terus dia berubah! Lukisan dah macam abang dia dah. Kemas dan yakin dia lukis.

    4. Az Ziyad dah kurang picky eater!

    Ni Ummi Abi terkejut sangat, within 1 month je belajar di Smart IQ Kindies, Ziyad boleh makan macam-macam kat sekolah. Nasi dan lauk yang dia tak biasa makan (biasanya makan nasi kosong pun boleh!), makan cucur lah, kuih lah. Pastu bulan seterusnya tu siap boleh makan sayur! Pastu tetiba Az Zahin dan Ziyani yang tak sekolah hari-hari kat Smart IQ pun dah nak makan sayur jugak. Peer pressure yang positif! Hihi.

    5. Hidup lebih tenang

    All in all, hidup kami lebih happy dan tenang. Sebab kita lebih faham anak kita. Kita faham kenapa mereka menangis, kenapa mereka panjat sana sini, kenapa mereka tak duk diam, macam mana nak ambil hati mereka berdasarkan preference mereka. Semuanya inshaAllah dapat dilihat dari sudut pandang yang positif 🙂

    SMART IQ BANGI BLINDFOLDED SPORTS DAY 2019


    Dan semalam, kami dapat experience sendiri Blindfolded Sports Day. First time dalam hidup kami, tengok orang bersukan sambil tutup mata. Dapat tengok anak-anak dan parents lain yang Super hebat juga. MasyaAllah, zuriat kita ni sangat hebat sebenarnya. Tanpa ilmu, kita boleh mengurangkan 'power' mereka tu tau.

    Zahin tunggu turn untuk acara Pick It

    Apabila anak makin besar, nak kembalikan Power Brain mereka memerlukan masa lebih lama

    Zahin dapat tempat pertama dalam acara Pick It

    Happy sangat Ziyani dapat jumpa kawan Zia, geng Kinderkaizen

    Suka sangat la Ziyani tu

    Ziyad tengah "charge energy" supaya lebih fokus

    Team kami, Wind "we fight like a Tornado"

    Suka sangat Ziyad, dapat tempat ke tiga dalam acara memanah BlindFolded 

    Sabar jer Ziyad menunggu giliran

    Ada budak monyok sebab gambar tak masuk

    Comel jer kan? Ini adalah salah satu acara yang susah, Main Kubik

    Ini program yang ada di Smart IQ
    ✔️Az Zahin - Tempat Pertama acara Pick It.
    ✔️Az Ziyad - Tempat Ketiga acara Blindfolded Archery.
    ✔️Abi - Tempat Kedua acara Kawah-Kawah.

    Suka semua dapat hadiah. Ziyani pun seronok jumpa bestfriend dia. Abang-abang depa satu sekolah. Hehe.

    ++

    Kawan-kawan yang ada issues yang macam kami hadapi sebelum ni, Nad recommend pergilah belajar dari Smart IQ ni. Nad yakin apa-apa ujian yang Allah kirimkan untuk kita, sebenarnya Allah nak buka jalan lain yang jauh lebih baik. For us to discover and learn more and more!

    Macam founder Smart IQ sendiri iaitu Puan Ruha Dani, macam mana beliau boleh terjebak dengan ilmu tentang Brain ni semua, sebab beliau pernah diuji dengan masalah kesihatan yang berat dulu. Dah 2 kali operate. Then sebelum kena operate kali ketiga, beliau pergi belajar di Korea tentang Brain. Dan dari situ, beliau belajar ilmu tentang Brain, tentang teknik-teknik nak self-heal, buang benda-benda yang tak best dan yang tak sepatutnya ada dalam diri kita. Dan Alhamdulillah dengan kuasa Allah, dah tak perlu operate lagi 🥺

    Kawan-kawan, try pergi, maybe untuk permulaan, kelas Brain Education. Now ada promo RM 200 dari harga asal RM 600. Hujung minggu ni ada. Anda akan rasa satu dunia baru nanti. Sebab macam Nad sendiri, tak sangka dan tak terbayang rupanya kita ada aset yang sangat hebat iaitu otak dan diri kita sendiri, which kita tak guna to the fullest sebab kita tak pergi belajar.

    Pergilah. Sangat recommended jugak untuk handle stress / panas baran. Been there 🤗 Kesian anak-anak dan pasangan kalau berterusan. Ikhtiarlah cari jalan keluar.

    Promosi Shaklee Mei 2019 & Produk Baru!

    $
    0
    0

    1. YOUTH Intensive Treatment and Repair Set

    Promo ini untuk siapa?
    • Yang sudah menjadi ahli
    • Yang sudah expired keahlian Shaklee
    • Yang belum pernah menjadi ahli Shaklee.

    Dengan pembelian Full Set YOUTH ini, anda akan dapat Free YOUTH Travel Set & Travel Case yang sangat comel. Sepanjang 1 tahun YOUTH berada di pasaran, gift ini yang paling unik setakat ini!

    Keistimewaan YOUTH Travel Set & Travel Case:
    1. Ringan, tak perlu bawa the whole set
    2. Cantik dan unik
    3. Mudah dibawa ke mana-mana
    4. Skincare tidak tumpah dan tak penyek sebab Travel Case ni keras :)
    5. Boleh dibawa dalam penerbangan kerana 100ml sahaja setiap botol
    6. Didatangkan bersama beg lutsinar juga
    7. Tidak dijual di mana-mana! Nilai set ini ialah RM 285 tau

    So, kena cepat-cepat grab peluang ini sebab Shaklee kata 'selagi stok masih ada' ;)

    Good news untuk yang belum lagi jadi ahli Shaklee atau yang keahliannya sudah expired, apabila anda membeli set ini, automatik anda akan dapat FREE Membership Shaklee, bermakna anda cuma perlu bayar set ini pada harga ahli iaitu RM 1,340. Sebagai ahli, ada kelebihan lain lagi iaitu dapat cashback RM 100!

    Baca: 10 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee Untuk Mereka Yang Berusia 40an 50an 60an 70an 80an


    Promosi Shaklee April 2019
    Youth Travel Set dan Travel Case

    Seterusnya, Shaklee menawarkan Promosi Welcome Set untuk anda yang belum menjadi ahli Shaklee mahupun yang sudah expired keahlian.

    Untuk Welcome Set ini, Shaklee menawarkan 3 set iaitu:
    1. Youth Welcome Set
    2. Vivix Welcome Set
    3. Daily Essential Welcome Set

    2. Promosi Youth Welcome Set

    Youth Starter Welcome Set
    Youth Starter Welcome Set

    Kalau anda yang nak baru nak cuba YOUTH Skincare, ini adalah masa yang sesuai! 

    Biasanya harga set ini ialah RM 680 untuk ahli / RM 850 untuk bukan ahli Shaklee, tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 612 all in!

    Ada 4 items di dalam set ini:
    1. YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
    2. YOUTH Perfecting Skin Toner
    3. Age Defense Moisturizer SPF 50
    4. Advanced Renewal Night Cream (Light)

    Kelebihan yang anda dapat dengan YOUTH Welcome Set ini ialah:
     
    1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
    2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
    3. Cashback RM 29
    4. FREE Membership (jimat RM 65)
    5. FREE Postage (jimat RM 10)
    6. FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
    Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 340! 😱😍

    3. Promosi Vivix Welcome Set

    Promosi Shaklee April 2019
    Promosi Vivix Welcome Set
    Ada yang sedih sebab terlepas Promosi Vivix pada bulan Feb hari tu. Jangan kecewa sebab Shaklee tawarkan Promosi Vivix Welcome Set untuk bulan ini. Yeay! Bulan ni ada Promo VIVIX yang best!

    Dalam promosi ini ada 2 botol Vivix. Biasanya set ini berharga RM 760 untuk ahli / RM 950 untuk bukan ahli Shaklee. Tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 684 all in!

    Kelebihan yang anda dapat dengan Vivix Welcome Set ini ialah:
     
    1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 190)
    2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 76)
    3. Cashback RM 34
    4. FREE Membership (jimat RM 65)
    5. FREE Postage (jimat RM 10)
    6. FREE Vivix Paper Bag yang ekslusif
    Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 370! 😱😍

    Jimat sangat kan!

    Dengan pengambilan Vivix secara konsisten, inshaAllah ia dapat membantu badan kekal cergas dan bertenaga, malah wajah juga akan nampak lebih muda.

    Vivix ini sesuai sangat untuk diri sendiri, pasangan, ibu bapa, atuk nenek kerana ia sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh! ❤️

    Baca: Testimoni Vivix


    4. Promosi Daily Essential Welcome Set

    Promosi Shaklee April 2019
    Promosi Daily Essential Welcome Set
    Siapa yang baru nak mencuba supplement Shaklee, atau nak mula buat business Shaklee dengan kami, Amir syorkan anda grab promosi ini. Dalam set ni, anda dapat 6 Produk Best Seller dengan harga yang berbaloi!

    Anda boleh mencubanya sendiri terlebih dahulu dan bila sudah rasa keberkesanannya. 
    Boleh la start share dengan ahli keluarga dan kawan-kawan pula.

    6 produk dalam Promosi Daily Essential Welcome Set ini :-
    ✅ ESP
    ✅ Vitamin C
    ✅ Omega
    ✅ VitaLea Multivitamin
    ✅ B Complex Folic Acid
    ✅ VIVIX


    Kelebihan yang anda dapat dengan Daily Essential Welcome Set ini ialah:
    1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 202)
    2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 82)
    3. Cashback RM 36
    4. FREE Membership (jimat RM 65)
    5. FREE Postage (jimat RM 10)
    6. FREE Vivix Paper Bag yang ekslusif

    Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 390! 😱😍 

    Set Promosi Selamat Berpuasa

    Beli 2 Meal Shakes, dapat diskaun 10%. Harga RM216 sahaja

    Mealshakes & Performance Drink menggalakkan anak supaya mudah berpuasa.

    MealShakes bekalkan 19 Vitamin & Mineral untuk tumbesaran anak-anak

    Beli 2 Cinch Chocolate, dapat diskaun 10%. Harga RM326.25 sahaja.
    Beli 2 Cinch Vanilla, dapat diskaun 10%. Harga RM326.25 sahaja.
    Beli Cinch Chocolate dan Cinch Vanilla, dapat diskaun 10%. Harga RM326.25 sahaja.

    Kelebihan Cinch Shake
    Kelebihan Cinch Shake

    Produk Baru dalam pasaran:

    1. Nutriferon


    2. Performance Drink perisa Lemon Lime

    Berminat nak tahu lebih lanjut tentang promosi bulan ini
    klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)


    Promosi Shaklee April 2019

    Kehamilan Keempat

    $
    0
    0
    Assalamualaikum semua :)

    Setelah hampir 8 tahun menyusu non-stop 3 orang anak (throughout 2 pregnancies, and tandem nursings), rasanya penat sangat nak ada baby lagi. Penat mental sebenarnya. Badan inshaAllah larat ja since di support dengan Shaklee nutrition. Encik Gajah kata, cukup dah rasanya 3 anak. Dah ada lelaki, dah ada perempuan, Alhamdulillah.

    Ziyani wean-off dalam bulan 10 tahun lepas (Oktober 2018). Baru je lagi kan. Haha.

    Az Zahin (2010) menyusu 3 tahun 4 bulan.
    Az Ziyad (2013) menyusu 2 tahun 5 bulan.
    An Nur Ziyani (2015) menyusu 3 tahun 4 bulan.

    Lepas wean-off, Nad rasa Nad jadi a new person. Sebab hadapi a new life. Tanpa perlu menyusu anak lagi sejak bergelar ibu 8 tahun yang lalu. Tanpa perlu cari pakaian yang mementingkan nursing friendly atau tidak. It's like, I am finally free! Hahaha.

    But then, Allah's plan is the best. Tiba-tiba Allah titipkan rasa nak anak lagi, rasa bersedia nak ada baby lagi, selagi umur masih muda, dan kami masih mampu. It was before our Umrah in February. Jadi, di sana, kami doa sama-sama nak dapat anak lagi :)

    Nad visualise dan minta dengan Allah, nak beranak tahun ni juga. Walaupun dah pun masuk tahun ni. Kira nak cepat lah kan? Kalau lambat, nanti due date masuk tahun depan pula. Nanti gap jauh sangat dengan Ziyani. Tahun ni ialah cun-cun dah. Sebab average semuanya gap 3 tahun. Means lepas wean off (anak dalam usia 2 tahun), baru start TTC dan pregnant). So tahun 2019 ialah tahun yang tepat lepas anak pertama tahun 2010. Gitulah ye perkiraan seorang manusia. Haha.

    MENUNGGU TARIKH NEXT PERIOD


    Seminggu sebelum expected period, dah mula sakit kepala. Badan berangin jugak.

    Hari yang sepatutnya period, dia tak kunjung tiba. Esoknya ajak Encik Gajah beli Pregnancy Test, tapi balik tu tak buat jugak. Tunggu esok lah!

    Memang nerve wrecking, sebab period Nad biasanya memang on time.

    Then, first time cakap kat Encik Gajah, nanti Nad test. First time cakap sebelum test walaupun anak dah 3 orang tau! Hahaha. Kasi dia pun berdebar sekali :P

    Pagi-pagi tu, first urine, buat test. Terbaik buat Home Pregnancy Test guna urine paling awal pagi. Sebab masa tu paling 'pekat' hormon pregnancy, jika kita pregnant.

    Bila dah letak stick tu, alahai, lambatnya. Line first je terang. Ok takpe, taknak tengok dulu. Settle apa yang patut jap. Pastu baru tengok balik in several minutes.

    Masuk balik toilet..

    Double line :)

    Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami :)

    Actually, Nad terkejut sebab line kedua tu terang sangat. Jauh beza dari pregnancies sebelum ni. Walaupun baru lewat 2 hari period. (Dalam gambar ni cam tak nampak sangat).

    ALAHAN MENGANDUNG & NUTRISI KEHAMILAN


    Sejak dari tu, Nad tak skip Set Hamil Shaklee setiap hari. Since dah jadi peneman sejak second and third pregnancies dulu, and approved by different Gynaes (masa di Miri dan juga di Bangi), tak ambil langsung supplement brand lain.

    Gynae kali ni di Klinik As Salam Bangi pun tak ada masalah Nad amalkan Shaklee untuk pregnancy :)

    Setiap hari Nad akan ambil:

    2 biji Vitalea (Multivitamin with Iron)
    1 biji B Complex (with Folic Acid)
    2-3 biji Vita C
    1-2 biji Omega Guard (Fish Oil)
    4-5 biji Ostematrix (Calcium)
    3-6 sudu besar ESP (Protein)

    3 biji Peppermint Ginger untuk kurangkan angin.

    Dan stopkan mana-mana supplements yang tak signifikan / kurang sesuai untuk ibu hamil contohnya yang sebelum ni Nad ambil Lecithin, Vivix, GLA, CoqTrol, Alfalfa.

    Semua supplements pregnant ni especially penting bila Nad kali ni alahan kuat skit berbanding pregnancies sebelum ni. Kali ni, Nad tak lalu makan, loya, sakit ulu hati, banyak angin, pening. Pregnancies sebelum ni loya jugak tapi lalu je makan. Tu yang cepat naik badan. Hahaha.

    Bila tak lalu makan, tu yang Nad topup dengan ESP tu lebih dari biasa. Mujurlah baby kali ni suka ESP. Masa pregnant Ziyad dulu, awal-awal jadi tak suka ESP, tak boleh telan. Hehe. Macam-macam pesen.

    Kali ni, tak boleh nak telan makan nasi dan lauk pauk sangat. Tak boleh langsung pedas! Boleh makan sup-sup plain dan Mi simple-simple je. Antara yang boleh makan ialah Mee Tarik Warisan Asli. Selera more to Chinese Food, healthy-healthy gitu. Hihi.

    PERTAMA KALI LIHAT BABY


    Mentang-mentanglah dah kali keempat pregnant, rileks je dulu tak terus jumpa doktor lepas tahu pregnant. Haha. Sebulan lepas tu, baru pergi jumpa doktor, buat scan, 'jumpa' baby :) Alhamdulillah baby punya development setara dengan usianya.

    Heyo! Doakan saya sihat sempurna :)

    Doakan Ummi saya dapat puasa penuh ye tahun ni :)

    Nutriferon Shaklee Mula Dijual Kembali

    $
    0
    0
    Nutriferon Shaklee Mula Dijual Kembali
    Nutriferon Shaklee Mula Dijual Kembali

    Untuk pengetahuan pembaca semua, stok Nutriferon Shaklee mula dijual kembali pada 1 Mei 2019 dengan wajah baru. Cara nak beli mudah sahaja, boleh wasap terus ke no Nad (012-2295680) atau no office kami (011-20200300).



    Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sekotak Nutriferon ni?

    Bahan Utama Nutriferon
    Bahan Utama Nutriferon
    Dan yang paling istimewa mengenai Nutriferon ini ialah FORMULA Ekslusif yang dicipta dan dipatenkan untuk meningkatkan tahap interferon secara semula jadi. Ia mampu memberikan sokongan pertahanan dari peringkat sel.

    Keistimewaan Nutriferon Shaklee
    Keistimewaan Nutriferon Shaklee

    Nak dapat harga lagi murah? Nad boleh bantu anda dengan hanya register sebagai ahli shaklee sahaja. Penjimatan bagi setiap produk antara 10-15%. Belum masuk lagi cash rebate atau dikenali sebagai bonus.

    Baca di link ini:

    1. 2 cara nak jadi ahli Shaklee

    2. Testimoni Nutriferon Shaklee untuk Resdung dan Gatal-gatal

    3. Testimoni Nutriferon : Demam tak Kebah?


    Untuk maklumat lanjut mengenai Nutriferon, boleh hubungi kami terus dengan klik sahaja gambar dibawah.
    Hubungi Nadiah Suhaidi

    Your Certified Shaklee Product Consultant
    COD Bandar Baru Bangi
    Pengeposan ke seluruh Malaysia


    Pengalaman dan Tips Berpuasa di Awal Kehamilan

    $
    0
    0
    Puasa tahun ni, puasa dalam waktu masih meloya. First time. Dulu pregnant time dah nak bersalin. Masa tu Alhamdulillah ok.

    Kali ni, Nad dah minta tips kawan-kawan siap-siap dah yang mana berpengalaman puasa masa tengah loya.

    Tips Berpuasa di Awal Kehamilan


    Antara tips yang diberi:

    1. Lupakan loya (buat-buat busy)
    2. Malam minum PD banyak-banyak waktu malam
    3. Muntah / denggi pun masih boleh puasa penuh

    InshaAllah saya pun boleh dengan izin Allah 💪🏼💪🏼

    SAHUR


    Waktu sahur paling penting untuk lengkapkan nutrisi ibu mengandung.

    Nad bersahur dengan:

    Semangkuk kecil Nasi Goreng sebab loya, tak lalu makan
    #ESP + #CinchChoc untuk beri kenyang lama
    Kurma 3 biji
    Sepanjang malam minum #PerformanceDrink 2 liter untuk make sure badan tak dehydrate, puasa tak mudah dahaga
    2 biji Vitalea Iron Formula (Multivitamin + Iron)
    1 biji B Complex (folic acid)
    2 biji Vitamin C untuk imun
    3 biji Peppermint Ginger untuk bantu kawal loya

    Alhamdulillah mungkin berkat doa kawan-kawan juga, hari pertama puasa, agak kuat dari hari biasa.

    Dapat mengasuh baby newborn adik Encik Gajah, dapat buat marketing online, Alhamdulillah tak pening-pening bila mengadap. Tengahari sempat keluar jap carikan barang baby yang mana tak cukup kat Manjaku Bangi. Cuma lepas Zuhur tu 'hibernate' juga lah hihi.

    Masa nak dekat berbuka dan masa berbuka baru lah rasa loya-loya.

    Sebelum tidur, macam biasa ambil 5 biji Ostematrix untuk tulang dan taknak bagi lenguh-lenguh badan. Dapat bangun dengan segar pagi esoknya.

    Cuma lupa sangat nak ambil Omega Guard untuk perkembangan otak baby. InshaAllah lepas ni tak lupa dah sebab dah tahu rutin bulan puasa kan.

    Alhamdulillah lepas sehari puasa ni rasa lebih yakin nak tempuh bulan Ramadhan kali ni. InshaAllah, lagi pun tak lama dah nak masuk second trimester ni. Yeayyy! Moga masa tu tak loya dah. Aameen!

    Kisah puasa 1 Ramadhan

    $
    0
    0

    Ummi - Sahur semangkuk kecil Nasi Goreng, #ESP + #CinchChoc. Kurma 3 biji. Sepanjang malam minum #PerformanceDrink 2 liter 😂Cuak ok first time puasa dalam first trimester lagi. Then macam biasa supplement pregnancy Shaklee.

    Alhamdulillah mungkin berkat doa kawan-kawan juga, harini agak kuat dari hari biasa. Cuma nak dekat berbuka dan masa berbuka rasa loya-loya.

    Az Zahin 8y7m - Bangun sahur pukul 5 pagi, makan nasi goreng 3 mangkuk. Minum susu + #MealShakes. Tak tidur balik. Pergi sekolah agama belah pagi. Petang pula ke sekolah kebangsaan. Tak rehat langsung. Lepas balik sekolah, dalam jam 6:30 petang baru dia tidur sampai berbuka.

    Az Ziyad 5y10m - tak sahur. Tapi puasa. Jam 5 petang mintak minum air. Ok tapi tak makan. Sampai rumah mintak McD. Pandai mengidam 🤣 Jam 6:30 dia berbuka hehe.

    Ziyani 3y11m - Ummi bangun sahur buka lampu bilik, nak kejut orang lain sahur, dia pula yanh bangun, tapi tak betul-betul bangun. Melekap je kat Ummi Abi bersahur. Tidur atas bahu 😂 Kalau tanya dia puasa tak, dia kata dia tak ‘kuasa’ 🤣🤣🤣

    Alhamdulillah good job anak-anak Ummi ❤️

    Tip Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa

    $
    0
    0
    Tip Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa
    Kita digalakkan minum air 8 gelas sehari. Tapi kalau bulan puasa, bilakah waktu yang sesuai untuk kita minum kan?

    Usah risau, Kementerian Kesihatan ada share tips bagaimana nak minum air sewaktu berpuasa. Bukan minum air masa tengah puasa yer. Kang ada yang pi kat kepala paip. Hehe

    Berapa banyak air perlu kita minum sehari?

    Jadual minum air ialah

    • 1 Gelas selepas bangun sahur. Bukan bangun Subuh yer.
    • 1 Gelas selepas bersahur. Sebelum azan Subuh.
    • 1 Gelas selepas azan Magrib. Bukan azan Zohor atau Asar walaupun bunyi dia sama.
    • 1 Gelas selepas solat Magrib.
    • 1 Gelas selepas makan berat.
    • 1 Gelas selepas solat Isyak.
    • 1 Gelas selepas solat Terawih. Seeloknya, pergi la solat Terawih yer. Banyak pahalanya.
    • 1 Gelas sebelum tidur malam.


    Okes, cukup dah 8 gelas air masak sehari. Lupa nak pesan, air sirap/air katira/air tebu/air ketum semua tak dikira yer. Hanya air masak/air coway/air cuckoo/air mineral sahaja yang dikira.

    Boleh la kawan-kawan share dengan rakan yang lain, mana tau depa pun tercari-cari panduan nak minum air waktu bulan puasa ni.

    Restok produk Shaklee Mei 2019

    $
    0
    0
    Restok produk Shaklee Mei 2019
    Restok produk Shaklee Mei 2019


    Terpaksa #EncikGajah ke HQ harini sebab demand tinggi bulan puasa ni Alhamdulillah.

    #PerformanceDrink tu beberapa tempat dah habis stok. Laju betui. Baru berapa hari puasa. Ramai cari PD ni sebab tak bagi mudah dehydrate. Elok minum time sahur. Tak mudah rasa dahaga dan kering bibir masa puasa. Ni lah minuman Astronaut US masa kat space. NASA pun pilih Shaklee. Hehe.
    Produk Shaklee telah berada di dalam setiap misi NASA sejak 1993!

    #ESP dan #CinchShake tu, kasi kenyang lebih lama and beri sustained energy jugak. So takdelah tergendala aktiviti seharian walaupun puasa. Even menyusu or pregnant pun takde masalah.

    #MealShakes pulak, versi kanak-kanak punya 👧🏻👦🏻

    Terima kasih customers kerana memilih kami ❤️

    Nak Nad bantu pilih supplement yang sesuai? Tanya ja naaa www.wasap.my/60122295680.



    Zahin Dah Boleh Baca Al-Quran

    $
    0
    0
    “Ummi, Ustazah kita kata kena beli quran sebab dah boleh baca quran”

    Zahin Dah Boleh Baca Al-Quran

    Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan yang padanya diturunkan ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW ❤️

    Kebetulan Makwan nya dapat tahu, Makwan hadiahkan cucu sulungnya Al-Quran ni. Siap tuliskan nama semualah.


    Zahin Dah Boleh Baca Al-Quran
    Hadiah Mak Wan untuk Zahin
    Doa Makwan, “Semoga cucu Makwan fasih membaca Al-Quran. Aameen.”

    Testimoni Nutriferon

    $
    0
    0
    Testimoni Nutriferon
    Alhamdulillah, Nutriferon sudah mula dijual sejak 1 Mei yang lalu. Ramai yang tertunggu-tunggu produk ini kerana ia membantu meningkatkan sistem imun badan kita. Amir kongsikan 3 testimoni Nutriferon yang sudah rasa keberkesanannya.

    Testimoni Nutriferon untuk Denggi
    "Syida makan nutriferon time denggi. Alhamdulillah tak warded sebab platlet atas 150. Lagipun pilih duk rumah sebab menyusu. Tapi setiap
    hari gi emergency bertapa 4 jam untuk ambik darah masuk air.
    Platlet atas 150 pun macam sakit sangat dah. Tak tau la orang platlet 3 je time denggi tu rasa camne."
    Puan Nurul Syahida
    Testimoni Nutriferon untuk tingkatkan imun badan 
    "Kalau nk cerita, selepas VIVIX, dia la yang memberi impak
    kesihatan paling besar pd kami
    Vivix - asbab baik denggi masa pregnant 8 bulan.
    Nutriferon - asbab sikecik gegel dah kurang masuk wad. Dari 3-4bulan sekali mesti masuk wad.. tp selepas umur dia setahun, bagi makan nutriferon sendiri. 8 bulan dah x masuk wad. Batuk or demam datang pun tak kerap. Walaupun masih ada. " 

    Testimoni Nutriferon untuk HFMD
    "Kak Pia makan nutriferon masa sakit. Pengalaman masa diri sendiri kena HFMD. Beberapa bulan kemudian
    anak pula kena HFMD. Bagi makan nutriferon juga.
    Alhamdulillah asbab makan nutriferon badan tak demam. Dalam 4 hari dah ok. Bintik-bintik dan sakit badan dah hilang. Sakitnya tak berlanjutan. Ulser kat mulut pun seakan terbantut. Keluar sedikit sahaja"

    Untuk maklumat lanjut mengenai Nutriferon, boleh hubungi Nad di no 012-2295680 atau klik sahaja gambar dibawah.



    Koleksi Resepi Performance Lemon-Lime

    $
    0
    0

    Koleksi Resepi Performance Lemon-Lime
    Alhamdulillah, sudah ramai customer kami yang mencuba produk terbaru dari Shaklee iaitu Performance Lemon-Lime ni. Macam-macam resepi terkeluar apabila mereka mencuba dengan bahan lain. Rasa lemon yang masam-masam membuatkan tekak ini rasa sedap jer.


    Amir kongsikan 3 Resepi Performance Lemon-Lime dengan kawan-kawan.

    Performance Lemon Lime Ice Blended



    Bahan-Bahan
    3 Scoop Performance Lemon-lime
    1/2 Cawan Air
    3 Cawan Ais

    Cara Penyediaan
    Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.

    Performance Lemon Lime bersama Laici

    Performance Lemon Lime bersama Laici

    Bahan-Bahan
    3 Scoop Performance Lemon-lime
    3-5 buah laici
    2-3 helai Daun Pudina
    1 Cawan Air
    1 Cawan Ais

    Cara Penyediaan
    Masukkan semua bahan ke dalam jug minuman dan sedia untuk dihidang.

    Performance Lemon-Lime + Pudina + Laici + Lemon + Serai


    Bahan-Bahan
    3 Scoop Performance Lemon-lime
    3-5 buah laici
    2-3 helai Daun Pudina
    2-3 hiris Lemon
    1 tangkai Serai
    1 Cawan Air
    1 Cawan Ais

    Cara Penyediaan
    Masukkan semua bahan ke dalam jug minuman dan sedia untuk dihidang.


    Sebelum Amir terlupa, tahukah kawan-kawan yang salah satu produk Shaklee yang direka khas untuk angkasawan NASA mengikut resepi Performance Drink ini. Nama khas untuk produk NASA ini ialah AstroAde yang membantu mengekalkan air dalam badan angkasawan sewaktu mereka pulang ke bumi.

    Bagaimana produk ini membantu angkasawan?
    Tahukah anda yang kapal angkasa yang masuk ke ruang atmosfera dengan kelajuan tinggi menyebabkan angkasawan mudah pengsan kerana terhidrat akibat suhu panas. Jadi, mereka perlu ambil dulu AstroAde ini beberapa jam sebelum bertolak ke Bumi.

    Produk Shaklee telah berada di dalam setiap misi NASA sejak 1993.

    Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Performance Lemon-Lime ini
    klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




    6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa

    $
    0
    0
    6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
    Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan. Ini adalah enam cara yang dapat membantu mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan!

    1. KETIDAKHADAMAN(Pedih Ulu Hati)


    Walaupun penghasilan asid perut akan berkurang semasa berpuasa, pedih ulu hati dan kembung perut biasanya akan terjadi waktu ini. Apabila anda terfikir tentang makanan atau menghidu bau makanan, otak akan memberi isyarat kepada perut untuk meningkatkan penghasilan asid perut, menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.

    Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan:
    Makan secara sederhana.
    Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
    Elakkan makanan yang tinggi kafein (kopi, teh, minuman soda, dan lain-lain)
    Soya dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan esofagus. Kandungan lemak dalam soya juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan makanan seperti daging dan makanan tenusu, maka protein soya merupakan pilihan yang lebih selamat untuk sesiapa yang mengalami masalah gastrik.


    2. SEMBELIT


    Pengambilan terlalu banyak makanan yang diproses, kurang air dan kurang serat dalam pemakanan akan menyebabkan sembelit semasa puasa.

    Penting bagi anda untuk:
    Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
    Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buahbuahan dan sayur-sayuran.
    Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-LaxTM, julap semula jadi.


    3. LETIH/LESU


    Kandungan gula dalam darah akan menurun semasa berpuasa. Ini membuatkan anda akan berasa lemah, letih, kurang tenaga dan pening terutamanya pada waktu petang ketika Ramadhan.

    Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:
    Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi badan dengan minuman Performance®, Vitamin B dan CoEnzyme Q10.
    Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti Protein Soya ESP.

    4. SAKIT KEPALA


    Kurang tidur, kelaparan dan dehidrasi akan menyebabkan sakit kepala, dan keadaan ini akan menjadi lebih lagi apabila apabila waktu berbuka puasa semakin hampir. Kurangkan sakit kepala!

    Pastikan anda:
    Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti. Ini supaya, anda berasa lebih segar ketika bangun sahur. Peringatan: Jangan tinggal waktu sahur!
    • Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
    Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.

    5. DEHIDRASI 


    Berpuasa meningkatkan risiko dehidrasi terutamanya dengan cuaca yang panas dan kering di Malaysia. Ini akan menyebabkan badan menjadi lesu, pening dan loya.

    Tingkatkan tahap hidrasi badan dengan:
    Berada di persekitaran yang sejuk.
    Elakkan makanan masin contohnya ikan masin, jeruk dan mananan ringan yang masin. Garam akan meningkatkan lagi keadaan dehidrasi badan.
    Minum Performance®, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.

    6. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI


    Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

    Kekalkan berat badan optimum dengan:
    Makan secara sederhana.
    Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
    Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
    Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.

    Selamat Hari Guru

    $
    0
    0

    Apabila teringat hari ni adalah Hari Guru, Amir teringat masa Zaman Nakal di sekolah SDAR dulu.

    Dah la selalu fly sebab nak main game Counter Strike (CS), lepas tu lapar. Pergi makan sekali kat gerai depan cyber cafe tu. Masa nak balik pula, warden dah standby kat bangku tepi padang bola. Terpaksa la main kejar-kejar dengan warden. Pernah sekali kantoi dengan Cikgu Sahak. Cikgu lepaskan selepas kena tazkirah. Ada sekali tu kantoi masa roll-call. Beberapa kawan pun terlibat sama. Nasib punggung la waktu tu, kena sebat kat bilik sukan.

    Kalau tak fly, main dalam surau masa waktu prep. Tak syok study kat dalam kelas. Lepak kat surau lagi best, boleh main gusti. Dulu suka tengok wrestling, buat smack down kat kawan. Kawan pun balas balik. Badan sakit pun tak kisah sebab seronok punya pasal.

    Bila nak exam, baru lah pulun study sebab nak score. Cari kawan yang pandai supaya senang nak tanya. Beritahu mak ayah, kawan ni banyak tolong mengajar. Mak ayah pun mai waktu weekend, bawa biskut dengan air kotak. Kongsi dengan kawan-kawan.

    Itu lah antara kenangan Amir semasa belajar di asrama dulu. Banyak jasa cikgu waktu tu nak ajar kami supaya jadi budak yang berguna pada bangsa dan negara. Rasanya, mesti stress cikgu-cikgu ni mengajar dulu. 

    Terima kasih cikgu kerana mendidik kami. Selamat Hari Guru
    Viewing all 744 articles
    Browse latest View live